yeahhhhh...hari ini homemade char kuey teow menjadi!!
Saturday, June 11, 2011
Bajet char kuey teow tapi jadi kuey teow goreng
Haha…kononnya bajet la nak buat homemade char kuey teow, ermmm harapkan drumstick yang di idamkan namun kaki ayam jugak yang dapat (PERIBAHASA NI TIDAK TERDAPAT DALAM BUKU TEKS!haha)..
walaupun char kuey teow aku manjadi kuey teow goreng ia tetap sedap dan memuaskan hati! kenapa? sebab aku masak la, tu pasal la sedap..muahhahahaha. tak ada la ada kuey teow tu jadi sedap dan memuaskan hati sebab bahan-bahan untuk memasak sangat mencukupi!
tengok! tengok! ada kucai yang bercampur taugeh , ada sotong yang bercampur udang, ada kuey teow dan ada telur...
(shantekknye shushunan...wow)
(shantekknye shushunan...wow)
the most important things kicap khas untuk masak char kuey teow...tak de benda ni jangan harap la aku nak masak kuey teow malam ni...
haaaaaaaaa...the reason why I said it's very satisfied! mana tak nya aku terlupa yang aku ni ada resdung tu la pasal aku letak udang dan sotong ikut suka hati je.haha
cara-cara masak char kuey teow :-
1) goreng sotong dan udang sampai masak sedikit
2) masukkan kicap dalam 6 ke 7 sudu makan dan tambah 1/2 gelas air
3) masukkan kuey teow (anggar anggarkan la sendiri, kalau kuey teow terlebih dia akan jadi kuey teow goreng secara tidak langsung. haha)
4) masukkan kucai dan taugeh
5) lastly masukkan telur then terus tutup api!
gunakan api yang besar ketika memasakan benda ni ye (char kuey teow)...ok tips-tips untuk menukarkan char kuey teow kepada kuey teow goreng adalah letak kuey teow melebihi kuah dan masa step 5 tu jangan terus tutup api biar kuah kering.....
dan hasilnya.........
(kuey teow goreng)
sorry la bab presentation aku fail sikit.
p/s: still nak bajet jadi chef two adik chef one...muahahahahaha
Wednesday, May 18, 2011
Aaaccckkkkk!!! What the …….. kaki ayam?
Soalan
= nak makan kaki ayam tak?
Jawapan
=kaki ayam? Saya tak makan…
=ha kaki ayam? Eeeuuuu…geli la (waklu..bukan suruh hang makan cacing kerawit pun!)
=tak mau la…tak pernah makan kaki ayam..
=mak saya tak bagi saya makan kaki ayam… (paleotak hang la..haha)
=tak berani la makan kaki ayam
Pelbagai jawapan yang aku terdengar bila ditanya “nak makan kaki ayam tak?”…lawak siot! Macam ni la aku bagi cadangan kat korang..bila ada orang lain ajak korang makan something yang korang tak suka just bagi jawapan macam ini “ala…saya tak boleh makan la.. alergik la…nanti tumbuh bisul..ermm..t.t”..kalau macam tu baru la orang percaya! Hahaha…
Ala mula-mula aku tengok orang makan kaki ayam berfikiran kutuk-kutuk la jugak kan..tapi bila mak aku cakap “memang la kaki ayam tu pijak tanah tapi masa siang ayam tu orang buang la kulit dia”...so apa lagi aku makan je la..adik yang bongsu pun bila tengok kakak dan abang dia makan dia pun rembat sekali..
KISAH TRILOGI KAKI AYAM
perempuan diatas ni melihat kaki ayam dengan 'lovely' nya..umpama mahu menelan teros kaki ayam tu.
dan dia memberi kaki ayam itu kepada...................
namun..lelaki itu mengira jari kaki ayam tu...
dan lelaki ini berasa nak muntah sebab kawan dia bengong sangat taktau jari kaki ayam ada berapa?!..hadooiii
perempuan ni makan je kaki ayam tu dan tengok kat lelaki dua orang tu.. sambil berkata-kata didalam hatinya "harap muka je boleh blah makan kaki ayam pun tak boleh..aku yang cun ni pun tak heran, makan je.."
lelaki ini masih tak makan kaki ayam masak merah tu...
dan berkata-kata didalam hatinya "perlu ke aku makan atau beri alasan pada perempuan ni yang aku alergik makan kaki ayam.."
bersambung...
haha..sampai bila-bila takde kesudahan macam sinetron malaysia...harap maklum...
rawrrrrrrr.......seram tak? seram tak?
p/s: mana lagi hina makan kaki ayam ke atau coklat curi?
Saturday, May 7, 2011
Mac King nightmareeeee!!
ok ok ok....don't say anything..I know it's really nightmare...Mac King is combination of mcdonald and burger king.. ianya bukanlah dinner untuk aku tetapi supper untuk aku...mula-mula saje je nak try buat onion ring..hahahaha...boleh blah laaa rasa onion ring buatan sendiri..hahahaha (gelak tak ikhlas)...then tengok peti ais ada 2 keping daging burger...ermm apa lagi...teruskan saja niat itu...
ala bukan susah pun nak buat onion ring ni...senang je..daripada kome-kome tengok youtube untuk bende yang tak senonoh baik le kome tengok cara-cara nak buat onion ring..next post la aku share lagi pasal onion ring lagi..sebab sekarang ni aku dah ngantuk...nak tidur nak tidur....
daaaaaaaa...selamat malammmmmm
p/s: ayah aku ingat yang aku buat tu sotong goreng tepung...
Tuesday, May 3, 2011
Meminta kebenaran IBUNDA menwarnakan rambut!
Haha…ceritanya begini di petang yang dingin hari sabtu lepas aku membantu mummy mengisi borang cukai secara online...mak aku agak pening la sebab pertama kali isi borang cukai secara online..aku yang sekadar menbantu pun naik sama juga pening…mana tak nya akhir-akhir sekali baki cukai yang perlu dibayar rm800k something…pergh..gila hapa..dekat satu juta woo…check-check-check…rupa-rupanya aku yang silap taip nombor..hahaha…bising mak aku…
Berbalik pada topik yang sedia maklum! Pasal rambut!
Masa tengah kemaskini borang cukai tu aku tanyalah kepada IBUNDA ku..
AKU : mak nak dye rambut colour coklat lepas tu nak buat curl-curl sikit boleh tak?
MAK : laaa…kenapa tak warna biru je terus…
AKU: (mode silent terus)
p/s : bersyukurlah dengan apa yang sedia ada…
Subscribe to:
Comments (Atom)









