Wednesday, May 18, 2011

Aaaccckkkkk!!! What the …….. kaki ayam?

Soalan
= nak makan kaki ayam tak?

Jawapan
=kaki ayam? Saya tak makan…
=ha kaki ayam? Eeeuuuu…geli la (waklu..bukan suruh hang makan cacing kerawit pun!)
=tak mau la…tak pernah makan kaki ayam..
=mak saya tak bagi saya makan kaki ayam… (paleotak hang la..haha)
=tak berani la makan kaki ayam

Pelbagai jawapan yang aku terdengar bila ditanya “nak makan kaki ayam tak?”…lawak siot! Macam ni la aku bagi cadangan kat korang..bila ada orang lain ajak korang makan something yang korang tak suka just bagi jawapan macam ini “ala…saya tak boleh makan la.. alergik la…nanti tumbuh bisul..ermm..t.t”..kalau macam tu baru la orang percaya! Hahaha…

Ala mula-mula aku tengok orang makan kaki ayam berfikiran kutuk-kutuk la jugak kan..tapi bila mak aku cakap “memang la kaki ayam tu pijak tanah tapi masa siang ayam tu orang buang la kulit dia”...so apa lagi aku makan je la..adik yang bongsu pun bila tengok kakak dan abang dia makan dia pun rembat sekali..

KISAH TRILOGI KAKI AYAM

perempuan diatas ni melihat kaki ayam dengan 'lovely' nya..umpama mahu menelan teros kaki ayam tu.

dan dia memberi kaki ayam itu kepada...................

namun..lelaki itu mengira jari kaki ayam tu...

dan lelaki ini berasa nak muntah sebab kawan dia bengong sangat taktau jari kaki ayam ada berapa?!..hadooiii

perempuan ni makan je kaki ayam tu dan tengok kat lelaki dua orang tu.. sambil berkata-kata didalam hatinya "harap muka je boleh blah makan kaki ayam pun tak boleh..aku yang cun ni pun tak heran, makan je.."

lelaki ini masih tak makan kaki ayam masak merah tu...

dan berkata-kata didalam hatinya "perlu ke aku makan atau beri alasan pada perempuan ni yang aku alergik makan kaki ayam.."

bersambung...

haha..sampai bila-bila takde kesudahan macam sinetron malaysia...harap maklum...

rawrrrrrrr.......seram tak? seram tak?

p/s: mana lagi hina makan kaki ayam ke atau coklat curi?

Saturday, May 7, 2011

Mac King nightmareeeee!!


ok ok ok....don't say anything..I know it's really nightmare...Mac King is combination of mcdonald and burger king.. ianya bukanlah dinner untuk aku tetapi supper untuk aku...mula-mula saje je nak try buat onion ring..hahahaha...boleh blah laaa rasa onion ring buatan sendiri..hahahaha (gelak tak ikhlas)...then tengok peti ais ada 2 keping daging burger...ermm apa lagi...teruskan saja niat itu...

ala bukan susah pun nak buat onion ring ni...senang je..daripada kome-kome tengok youtube untuk bende yang tak senonoh baik le kome tengok cara-cara nak buat onion ring..next post la aku share lagi pasal onion ring lagi..sebab sekarang ni aku dah ngantuk...nak tidur nak tidur....

daaaaaaaa...selamat malammmmmm

p/s: ayah aku ingat yang aku buat tu sotong goreng tepung...

Tuesday, May 3, 2011

Meminta kebenaran IBUNDA menwarnakan rambut!

Haha…ceritanya begini di petang yang dingin hari sabtu lepas aku membantu mummy mengisi borang cukai secara online...mak aku agak pening la sebab pertama kali isi borang cukai secara online..aku yang sekadar menbantu pun naik sama juga pening…mana tak nya akhir-akhir sekali baki cukai yang perlu dibayar rm800k something…pergh..gila hapa..dekat satu juta woo…check-check-check…rupa-rupanya aku yang silap taip nombor..hahaha…bising mak aku…

Berbalik pada topik yang sedia maklum! Pasal rambut!

Masa tengah kemaskini borang cukai tu aku tanyalah kepada IBUNDA ku..

AKU : mak nak dye rambut colour coklat lepas tu nak buat curl-curl sikit boleh tak?


MAK : laaa…kenapa tak warna biru je terus…


AKU: (mode silent terus)

p/s : bersyukurlah dengan apa yang sedia ada…

snack untuk depan PC


 selepas

 It’s look scary right? Haha…don't judge a taste by it’s cover ok?
 
Tadaaaaaaaaaaa…..
 haa...ini sebelum campur adukkan

Bahan-bahannya adalah oreo + ice-cream (vanilla) + cornflakes + crispy rice
Tah mana datang idea aku buat kudapan sebegitu…mungkin disebabkan aku suka oreo dan ice cream vanilla ditambah pula rasa-rasa yang crispy ni...

For me it’s not suit for dessert but very suitable for snack....selamat mencuba (kalau nak laa....)