Saturday, June 11, 2011

yeahhhhh...hari ini homemade char kuey teow menjadi!!

yeahhhhh...hari ini homemade char kuey teow menjadi!!

Bajet char kuey teow tapi jadi kuey teow goreng

Haha…kononnya bajet la nak buat homemade char kuey teow, ermmm harapkan drumstick yang di idamkan namun kaki ayam jugak yang dapat (PERIBAHASA NI TIDAK TERDAPAT DALAM BUKU TEKS!haha)..

walaupun char kuey teow aku manjadi kuey teow goreng ia tetap sedap dan memuaskan hati! kenapa? sebab aku masak la, tu pasal la sedap..muahhahahaha. tak ada la ada kuey teow tu jadi sedap dan memuaskan hati sebab bahan-bahan untuk memasak sangat mencukupi!


tengok! tengok! ada kucai yang bercampur taugeh , ada sotong  yang bercampur udang, ada kuey teow dan ada telur...
(shantekknye shushunan...wow)


the most important things kicap khas untuk masak char kuey teow...tak de benda ni jangan harap la aku nak masak kuey teow malam ni...


haaaaaaaaa...the reason why I said it's very satisfied! mana tak nya aku terlupa yang aku ni ada resdung tu la pasal aku letak udang dan sotong ikut suka hati je.haha


cara-cara masak char kuey teow :-

1) goreng sotong dan udang sampai masak sedikit

2) masukkan kicap dalam 6 ke 7 sudu makan dan tambah 1/2 gelas air

3) masukkan kuey teow (anggar anggarkan la sendiri, kalau kuey teow terlebih dia akan jadi kuey teow goreng secara tidak langsung. haha)

4) masukkan kucai dan taugeh

5) lastly masukkan telur then terus tutup api!

gunakan api yang besar ketika memasakan benda ni ye (char kuey teow)...ok tips-tips untuk menukarkan char kuey teow kepada kuey teow goreng adalah letak kuey teow melebihi kuah dan masa step 5 tu jangan terus tutup api biar kuah kering..... 

 dan hasilnya.........
(kuey teow goreng)
sorry la bab presentation aku fail sikit.

p/s: still nak bajet jadi chef two adik chef one...muahahahahaha


Wednesday, May 18, 2011

Aaaccckkkkk!!! What the …….. kaki ayam?

Soalan
= nak makan kaki ayam tak?

Jawapan
=kaki ayam? Saya tak makan…
=ha kaki ayam? Eeeuuuu…geli la (waklu..bukan suruh hang makan cacing kerawit pun!)
=tak mau la…tak pernah makan kaki ayam..
=mak saya tak bagi saya makan kaki ayam… (paleotak hang la..haha)
=tak berani la makan kaki ayam

Pelbagai jawapan yang aku terdengar bila ditanya “nak makan kaki ayam tak?”…lawak siot! Macam ni la aku bagi cadangan kat korang..bila ada orang lain ajak korang makan something yang korang tak suka just bagi jawapan macam ini “ala…saya tak boleh makan la.. alergik la…nanti tumbuh bisul..ermm..t.t”..kalau macam tu baru la orang percaya! Hahaha…

Ala mula-mula aku tengok orang makan kaki ayam berfikiran kutuk-kutuk la jugak kan..tapi bila mak aku cakap “memang la kaki ayam tu pijak tanah tapi masa siang ayam tu orang buang la kulit dia”...so apa lagi aku makan je la..adik yang bongsu pun bila tengok kakak dan abang dia makan dia pun rembat sekali..

KISAH TRILOGI KAKI AYAM

perempuan diatas ni melihat kaki ayam dengan 'lovely' nya..umpama mahu menelan teros kaki ayam tu.

dan dia memberi kaki ayam itu kepada...................

namun..lelaki itu mengira jari kaki ayam tu...

dan lelaki ini berasa nak muntah sebab kawan dia bengong sangat taktau jari kaki ayam ada berapa?!..hadooiii

perempuan ni makan je kaki ayam tu dan tengok kat lelaki dua orang tu.. sambil berkata-kata didalam hatinya "harap muka je boleh blah makan kaki ayam pun tak boleh..aku yang cun ni pun tak heran, makan je.."

lelaki ini masih tak makan kaki ayam masak merah tu...

dan berkata-kata didalam hatinya "perlu ke aku makan atau beri alasan pada perempuan ni yang aku alergik makan kaki ayam.."

bersambung...

haha..sampai bila-bila takde kesudahan macam sinetron malaysia...harap maklum...

rawrrrrrrr.......seram tak? seram tak?

p/s: mana lagi hina makan kaki ayam ke atau coklat curi?

Saturday, May 7, 2011

Mac King nightmareeeee!!


ok ok ok....don't say anything..I know it's really nightmare...Mac King is combination of mcdonald and burger king.. ianya bukanlah dinner untuk aku tetapi supper untuk aku...mula-mula saje je nak try buat onion ring..hahahaha...boleh blah laaa rasa onion ring buatan sendiri..hahahaha (gelak tak ikhlas)...then tengok peti ais ada 2 keping daging burger...ermm apa lagi...teruskan saja niat itu...

ala bukan susah pun nak buat onion ring ni...senang je..daripada kome-kome tengok youtube untuk bende yang tak senonoh baik le kome tengok cara-cara nak buat onion ring..next post la aku share lagi pasal onion ring lagi..sebab sekarang ni aku dah ngantuk...nak tidur nak tidur....

daaaaaaaa...selamat malammmmmm

p/s: ayah aku ingat yang aku buat tu sotong goreng tepung...

Tuesday, May 3, 2011

Meminta kebenaran IBUNDA menwarnakan rambut!

Haha…ceritanya begini di petang yang dingin hari sabtu lepas aku membantu mummy mengisi borang cukai secara online...mak aku agak pening la sebab pertama kali isi borang cukai secara online..aku yang sekadar menbantu pun naik sama juga pening…mana tak nya akhir-akhir sekali baki cukai yang perlu dibayar rm800k something…pergh..gila hapa..dekat satu juta woo…check-check-check…rupa-rupanya aku yang silap taip nombor..hahaha…bising mak aku…

Berbalik pada topik yang sedia maklum! Pasal rambut!

Masa tengah kemaskini borang cukai tu aku tanyalah kepada IBUNDA ku..

AKU : mak nak dye rambut colour coklat lepas tu nak buat curl-curl sikit boleh tak?


MAK : laaa…kenapa tak warna biru je terus…


AKU: (mode silent terus)

p/s : bersyukurlah dengan apa yang sedia ada…

snack untuk depan PC


 selepas

 It’s look scary right? Haha…don't judge a taste by it’s cover ok?
 
Tadaaaaaaaaaaa…..
 haa...ini sebelum campur adukkan

Bahan-bahannya adalah oreo + ice-cream (vanilla) + cornflakes + crispy rice
Tah mana datang idea aku buat kudapan sebegitu…mungkin disebabkan aku suka oreo dan ice cream vanilla ditambah pula rasa-rasa yang crispy ni...

For me it’s not suit for dessert but very suitable for snack....selamat mencuba (kalau nak laa....)

Saturday, April 16, 2011

Korean fried egg



aku tengok cerita Boys Over Flower asyik-asyik scene makan  Korean fried egg…sedap sangat ke Korean fried egg…dan-dan aku aku jumpe video nih..so aku try la buat Korean fried egg....

ni lah hasilnya
percubaan pertama
percubaan kedua




rasa Korean fried egg ni macam telur dadar yang tebal...puas la jugak makan dengan nasi..and kalau korang nak try buat Korean fried egg ni makesure korang ikut arahan dia betul-betul..kalau tak..tak menjadi la..haha...

happy tryyyyy.......

Friday, March 11, 2011

MACAU EGG TART


Sebelum berkata apa-apa aku nak cakap ASSALAMUALAIKUM!!!harini tak lain tak bukan aku nak cakap pasal MAKANAN,FOOD,MAKANAN!! Aku memang suka makan benda sedap-sedap…kalau dibagi tiket konsert artis LAS VEGAS dengan dengan kupon makan kat hotel aku pilih kupon makan kat hotel aku..aku ni memang jenis makan agak banyak dan aku still slim..dan secara tiba-tiba ada seorang manusia ni dia apply pelempang free dari aku..tapi nasib la aku tak approvekan..dia cakap apa tau “Mimie ko ada bela apa-apa ke?”..agak bangang square root la tu punya ayat bertanya..hahaha.. sebenarnyakan weh aku memang pernah bela something dulu, nama dia Tony si kura-kura tapi dah mati sebab asyik kene kejar dengan kucing je..banyaknye aku merapu...
Okai..berbalik pada title post aku MACAU EGG TART, Diyana kawan aku yang tersayang telah menyebabkan aku jumpa Macau egg tart akhirnya. Macau egg tart ni memang popular kat area-area asia utara (ada ka asia utara?haha sorry la..kesilapan geografi sikit) –Hong Kong,China,Taiwan kat area situ situ la- . Macau egg tart memang manis giler (jadi yang ada penyakit kencing manis eloklah makan kuih ni..pastu bolehlah masuk hospital)..dan  Macau egg tart sesuai la minum air tawar-tawar tak pun kopi pahit-pahit…kulit Macau egg tart ni rapuh macam biskut tiram (jadi hancur keeping-keping)..…kalau egg tart biasa kat Malaysia ni kulit dia rapuh gak macam biskut sarang semut (jadi hancur serbuk-serbuk)…

INI CERITA PRINCESS HOUR (EPISOD MACAU EGG TART)
-pada suatu hari Shin Chae Kyung dia pergi beli MACAU EGG TART

-pastu dia makan MACAU EGG TART dengan dayang istana

-hah ini la dia MACAU EGG TART yang dia beli tadi

-disebabkan sedap sangat MACAU EGG TART dia beli lagi

-dan kali ni dia makan dengan Putera Lee Shin iaitu sepupu laki aku Putera Lee Yul

*YUL sorry tak balas email awak...yahoo saya tak download lagi..hahaha
p/s: merepek ditengah malam memang kerja sampingan aku..haha

Thursday, March 10, 2011

AKU BERTANGAN ARTISTIK


Pergh..bukan nak bangga diri ke apa ke..memang aku bertangan artistik  kot..kalau nak ikutkan SO YI JEONG buat pasu pun boleh kalah la..dia mana ada tangan macam aku ni hah…
Cun tak cun tak?…artistik tak artistik tak?
Semuanya berlaku disebabkan oleh dakwat printer tertumpah dan aku tak sempat nak selamatkan…


Hahahahahaha….nampak sangat aku ni artistik sangat kan? kan?